I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 28 March 2011

SANTAPAN ROHANI

Makanan jasad sentiasa terpenuhi
ketika lapar terasa, diisi sentiasa ...
Makanan rohani adakah dipenuhi
kerana laparnya tidak terasa ...

 
 
Makanan lazat sentiasa kau rasa
perut kenyang dahaga hilang
rohanimu lapar tidak kau terasa
selalu terlupa mengisikan kekosongannya..

 
 
Rintihan rohani menanggung lapar
selalu tak kau dengari dan rasai
tidaklah kau penuhi memberinya santapan ....
rintihan jasad perut laparmu
segera kau isi kerana kau terasa kelaparannya
 

 
Jasadmu bahgia sentiasa dilayani
rohanimu derita sentiasa kau pinggiri
keadilan tidak kau laksanakan untuk diri sendiri
tidak kau turuti perintah Ilahi....
memelihara amanah yang diberi pada diri
dua yang perlu dipeliharai di dunia ini
jasad dan rohani yang bersatu dalam diri...
memerlukan sentiasa makanan/santapan ...

 
 
Jasadmu untuk duniamu
rohanimu untuk akhiratmu
duniamu hanya sementara waktu
akhiratmu berkekalan hidupmu...

 
 
Perlu seimbang timbangan
perlu bijak menimbang berat ringannya
jika berat duniawi rugi dan sesalan di bawa
jika berat ukhrawi bahagia  dan berjaya selamanya.
.
 
 
Beruntunglah siapa mendapatnya
hadiah anugerah Ilahi ...
Syurga Firdausi ...
Ya Ilahi ...  berilah hambamu SyurgaMu
hindarilah hambamu NerakaMu ...
Amiin..

No comments: